Searching...
Wednesday, 30 July 2014
21:46 0

Gempar.. 'Pejuang Hamas dilatih di Malaysia'

'Pejuang Hamas dilatih di Malaysia'
Gambar fail pejuang Hamas


KUALA LUMPUR: Seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel mendedahkan dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa, menurut satu laporan Jerusalem Post.

Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel) berkata suspek tersebut merupakan seorang komander sebuah unit Hamas yang berjaya ditahan di Khan Younis.

Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.

Pejuang itu dikatakan menyertai Hamas pada tahun 2007 dan menjadi ahli sayap ketenteraannya yang bernama Izzadin Kassam.

Dia dilaporkan ke Malaysia pada 2012, di mana dia dan sembilan anggota Hamas lain menjalani latihan menerbangkan payung terjun berkuasa.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu menyertai unit rizab Hamas pada tahun yang sama dan telah ditugaskan untuk operasi-operasi khas.

Pada tahun 2013, pejuang Hamas itu menyertai unit elit dan menerima senapang Kalashnikov untuk dibawa bersamanya pada setiap masa.

Dia kemudian dilatih menggunakan senapang M-16, bom tangan roket dan bom lain.

Pejuang-pejuang tersebut juga telah diajar bagaimana untuk menculik askar dan cara peperangan dalam terowong.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu dijadualkan untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

-Awani
11:13 0

Susah Kalau Terlalu Cantik Macam Ni

Pemain bola tampar wanita Kazakhstan menjadi sasaran kritikan ramai kerana dianggap terlalu cantik untuk bergelar seorang atlet.
Malah jurulatih pasukan bola tampar kebangsaan Kazakhstan, Nurlan Sadikov juga berpendapat kecantikan Sabina Altynbekova, 17, mengganggu fokus pertandingan.
Sabina mula mendapat perhatian dunia maya sejak gambarnya beraksi dalam Kejohanan Bola Tampar Wanita Bawah 19 Tahun Asia 2014 di Taiwan tersiar di Internet baru-baru ini.

Namun kecantikan yang dimiliki Sabina turut membawa impak negatif kepada pasukannya.
Menurut Nurlan, pasukan bola tampar wanita Kazakhstan sukar beraksi cemerlang dalam keadaan begitu.
“Reaksi penonton seolah-olah hanya ada seorang pemain dalam pasukan dan kejohanan ini,” katanya.

Akhbar di Kazakhstan juga melaporkan penonton hadir ke sesuatu perlawanan hanya untuk melihat Sabina dan tidak menghiraukan tentang perjalanan pertandingan.

Sabina bagaimanapun berharap, segala populariti dan perhatian yang diterimanya tidak mengganggu fokusnya sebagai seorang atlet bola tampar.

“Pada mulanya saya gembira dan rasa dihargai tetapi lama-kelamaan ia mula melampaui batas.

“Saya mahu fokus kepada karier dan mahu dikenali sebagai seorang atlet bola tampar, bukan kerana paras rupa,” katanya.

Populariti Sabina mula berkembang di laman sosial apabila berita mengenainya mula tersebar luas di Internet menyebabkannya tidak menang tangan menjawab semua pertanyaan peminatnya di seluruh dunia

Mengaku beragama Islam, Sabina turut menunjukkan keprihatinannya kepada isu Gaza. “Sayangi Palestin, Tuhan bersama kalian,” katanya melalui Twitter.

Saturday, 26 July 2014
01:48 0

Awek Ukraine Tak Tahu Malu Guna Maskara Curi Dari MH17

Awek Ukraine Tak Tahu Malu Guna Maskara Curi Dari MH17-Terdapat banyak dakwaan menyatakan barangan mangsa nahas pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak jatuh di Ukraine 17 Julai lalu telah dicuri oleh puak pemisah dan penduduk tempatan.

awek ukraine,curi,mh17
Terbaru, gambar sebatang maskara yang dikongsikan di laman sosial Instagram membuktikan perkara ini memang berlaku.

Seorang remaja tempatan sana menggunakan nama “Zolotasya” dikesan memuat naik gambar alat solek dari Eropah berjenama Catrice. Berdasarkan lokasi yang dikongsikan pada sesetengah gambar gadis ini tinggal di Torez, sebuah bandar di Timur Ukraine yang terletak berdekatan lokasi nahas MH17.

Dalam komen di Instagram yang diterjemahkan, Zolotasya memberitahu maskara itu diberikan kepadanya oleh seorang rakan.




Apa yang membuatkan dia kantoi maskara itu milik mangsa nahas MH17 adalah dalam komen lain dia menyebut bahawa ‘ada banyak lagi barangan telah diagihkan termasuk pakaian’ dan ‘maskara ini datang dari Amsterdam, atau, padang… faham kan’.

Apabila perkara ini tersebar di laman sosial, Zolotasya dikecam ramai rakyat Ukraine. Gadis ini kemudiannya dikatakan mengaku dia berpihak pada puak pemisah pro-Rusia yang turut dikaitkan sebagai pihak yang bertanggung jawab menembak jatuh MH17.

Apa pun, kes kecurian barangan milik mangsa nahas pesawat MAS ini sebenarnya sudah mula disedari oleh banyak pihak termasuk keluarga mangsa.

Antara bukti lain adalah laporan The Daily Mail tentang penggunaan kad kredit milik salah seorang penumpang MH17 yang terkorban didapati telah dilakukan di Ukraine sejak hari nahas berlaku. - MYNEWSHUB
Friday, 25 July 2014
16:56 0

Setelah Tentera Rejim Israel Dimalukan, Kini Giliran Komando AS Pula



Lagi bukti kekalahan tentera regim Zionis. Telah berlaku kebocoran maklumat di Internet beberapa hari yang lalu yang telah mendedahkan rahsia tentang petanda kekalahan Israel di Gaza. Presiden Barack Obama yang telah mengarahkan Pentagon untuk menyiapkan kira-kira 2,000 anggota tentera tempur untuk dihantar ke Semenanjung Gaza bagi membantu Israel dalam perjuangan mereka terhadap Hamas dan rakyat Palestin.





Fakta :
Briged al Qassam hanya mempunyai 30,000 orang keanggotaannya, manakala tentera rejim Israel pula mempunyai keanggotaan seramai 720,000 orang.

Kenapa Israel yang dibantu oleh AS dalam segala segi telah gagal untuk menumbangkan al Qassam dan rakyat Gaza yang sedia terkepung daripada bantuan luar ini?
Wednesday, 23 July 2014
16:37 0

Tweet Romantik KJ dan Syasya Mahmud Yang Mengejutkan

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin semenangnya seorang pemimpin yang romantik dan sporting. Beliau tidak mudah melatah dan meradang jika ada peminat yang cuba bergurau senda.





Buktinya, Khairy Jamaluddin atau lebih popular dengan panggilan KJ telah memuatnaik satu tweet berbentuk soalan kepada para pengikutnya mengenai lokasi di mana Sukan Komanwel tahun 2010 diadakan.


Tweet tersebut kemudian mendapat pelbagai respon dari orang ramai di laman sosial namun jawapan Syasya Mahmud antara paling mencuri tumpuan.


Gambar Ratu Selfie Syasya Mahmud Yang Kamu Tak Pernah Nampak:




\
16:29 0

[Gambar] Jenazah Dikafankan Dibelit Ular Hingga Mayat Hitam



Gempar seketika dengan keadaan yang pelik ini.Biasa kita dengar cerita pelik dan misteri,tapi kali ini disertakan gambar yang jelas.Gambar satu jenazah yang telah siap dikafankan tiba-tiba dibelit ular mulai tersebar dimedia sosial.Terbayang dikepala, apakah dosa yang telah dilakukan si mati hingga jenazahnya jadi begitu, tambah pula dengan keadaan mukanya yang hitam berbanding warna tubuh badannya. Pasti ramai yang tertanya-tanya.

Untuk info, gambar yang tersebar itu sebenarnya hanyalah sebahagian dari babak lakonan dari drama Tanah Kubur siri 45 yang dilakonkan oleh Nasir Bilal Khan.

Semoga ia berjaya menimbulkan rasa gerun dan takut pada azab Allah SWT atas dosa yang telah kita lakukan

Wednesday, 16 July 2014
12:37 0

'Check' PEHA ISTERI' Ramai Wanita Tak Sedar Dirogol Jin


Jika isteri seringmarah-marah dan enggan melayani anda di tempat tidur, elok segera siasat.

Periksa pangkal peha isteri dan jika terdapat kesan lebam, jangan buang masa, buat pemeriksaan lebih rapi. Jika anda dapati pada tempat lebam di pangala peha isteri anda itu terdapat lima lubang halus, jangan berlengah. Itu tandanya isteri anda telah diperkosa jin atau makhluk halus tanpa disedarinya.

Menurut pendakwah dan pengamal perubatan Islam, ramai isteri tidak menyedari tubuh mereka telah diperkosa jin dan makhluk halus ketika tidur disebabkan mengabaikan doa pendinding diri sebelum tidur.